- Sila sampai di lokasi permulaan seawal yang mungkin untuk mendengar penerangan ringkas tentang laluan dan destinasi perjalanan.
- Sebelum memulakan, buat pemeriksaan terakhir ke atas kenderaan anda seperti memastikan semua minyak mencukupi, tekanan tayar dan lain-lain dalam keadaan baik.
- Sentiasa bersedia untuk berlepas dengan minyak yang cukup di dalam tangki kereta anda.
- Sila membuang segala yang patut sebelum perjalanan bermula
- Jangan memakai Selipar semasa memandu.
- Sila bawa alat perhubungan masing-masing.
- Baca doa semoga perjalanan diberkati dan selamat (terpulanglah kepada agama masing-masing)
- Jika anda ingin mengubah haluan ke tempat lain atau ingin mengakhiri konvoi sebelum tiba ke destinasi, anda mesti memberitahu kereta Lead, Marshal atau petugas yang lain. Ini supaya tidak mengelirukan peserta yang lain yang mungkin menyebabkan mereka akan mengikuti peserta yang tidak menyertai konvoi dalam sesuatu keadaan.
Menyalakan lampu kecil
Semasa waktu siang nyalakan lampu kecil dan lampu fog anda. Semasa waktu malam nyalakan headlight dan fog light anda. Ini akan memberitahu kepada pengguna yang lain apa yang terjadi. Peserta lain dapat mengenali anda dengan menyalakan lampu serta tahu bahawa anda berada dalam konvoi yang sama. Ini memudahkan jika salah seorang peserta konvoi dalam kecemasan (memberhentikan/memperlahankan kereta) maka anda dapat melihat dan mengesahkan itu adalah salah seorang peserta konvoi dengan menggunakan cermin sisi.
Jangan mengekori di belakang kereta terlalu dekat
Jangan mengikut kereta di hadapan terlalu dekat dan dengan kelajuan yang maksima. Ini amat lah merbahaya. Sentiasa pastikan anda di jarak yang selesa dan selamat.
Membenarkan kenderaan Lain Mencelah
Selalunya, Peserta di dalam konvoi tidak membenarkan kenderaan mencelah atau memasuki susunan konvoi. Walau bagaimana pun konvoi sebenarnya membenarkan kenderaan lain keluar masuk dari susunan konvoi. Kebiasaannya kenderaan bukan peserta suka mengugut, menakut nakutkan peserta di dalam konvoi atau inginkan keistimewaan mungkin kerana pandangan pemandu yang tidak jelas dan ingin kan jalan yang tiada gangguan. Peserta konvoi haruslah mempunyai sikap sabar dan timbang rasa untuk membiarkan mereka memotong, melepasi konvoi kita dalam sesuatu keadaan yang sukar. Seharusnya dengan begitu konvoi kita teratur dan tidak mendatang kan emosi sekaligus dapat mengelakkan kejadian yang tak diingini.
Kereta Lead sentiasa bertanggungjawab memastikan kelajuan.
Ia adalah amat sukar tetapi amat mudah untuk membiarkan peserta memecut kelajuan dengan sesuka hati. Ini kerana di dalam konvoi ada berbagai sikap pemandu dan kemampuan kereta peserta. Tidak di nafikan akan adanya yang berkata konvoi terlalu laju atau terlalu perlahan. Cuba pastikan kereta anda masih di dalam susunn konvoi tanpa mengganggu lalulintas yang lain. Ini dapat mengurangkan atau tidak ada potong memotong antara satu sama lain semasa berkonvoi. Ini adalah sikap peserta sendiri bertanggungjawab memastikan kereta di belakang, di sisi berada dalam susunan. Jika kereta di belakang perlahan. Pastikan peserta tidak meninggalkan kereta terlalu jauh (perlahankan juga kenderaan anda). Maka konvoi tidak akan terputus. Jangan memecut laju dan meninggalkan barisan konvoi untuk keselesaan memecut atau cuba mengikuti, mencabar kenderaan lain yang cuba mengganggu konvoi. Adalah lebih baik membiarkan kenderaan itu berlalu dan anda kembali kepada barisan konvoi.
Berlaku Kecemasan atau Masalah.
Jika ada berlaku masalah atau kecemasan, jangan ada peserta konvoi berhenti melainkan kereta SWEEPER sahaja. Sweeper akan memastikan keadaan terkawal dan konvoi haruslah meneruskan perjalanan sehingga suatu tempat yang dibenarkan berhenti dan selamat. Ini kerana satu susunan konvoi jika berhenti untuk memberikan pertolongan (atas sikap ingin menolong) mudah mengundang kemalangan terutama di jalan yang sibuk.
Tenang
Kadangkala tidak semua seperti yang dirancangkan akan berjaya. Kebiasaannya peserta di dalam konvoi mengharapkan atau menjangkakan sesuatu yang baik dan menggembirakan untuk agenda-agenda yang dirancang apabila sampai ke destinasi. Adalah amat penting untuk peserta dalam keadaan sabar, tenang, selesa dan sedia menghadapi kemungkinan seperti perjalanan menjadi lambat kerana kesesakan lalulintas dan tergelincir dari jadual sebenar.
Keluar / Masuk Lebuhraya
Ada yang menggunakan Touch N Go, Tag dan tunai. Walau apa cara sekalipun anda membayar sentiasalah memperlahankan kenderaan anda dan berhenti di belakang kereta Lead di tepi dan menhidupkan lampu hazard (double signal). Jangan keluar daripada kereta. Tunggu sehingga semua berada di susunan semula (SWEEPER akan memastikan susunan ini). Matikan double signal dan berikan signal perlahan lahan masuk ke lorong laluan perlahan unutk meneruskan perjalanan.
Memotong
Memotong adalah dibenarkan pada keadaan yang selamat dan tidak melanggar undang2 jalanraya. Jangan memotong pada garisan berkembar atau tidak pasti keadaan jalan dari arah bertentangan. Dalam sesuatu konvoi jika peserta atau kenderaan bukan peserta ingin memotong, biarkan ia memotong dan anda jangan terlalu rapat dengan kereta hadapan dan menyebabkan kereta yang memotong anda dalam keadaan yang bahaya
Baju Keselamatan Lutsinar Marshal
Baju vest keselamatan lutsinar adalah satu kemestian untuk setiap ahli marshal semasa mereka menjalankan tugas. Ini adalah untuk memastikan ahli biasa atau peserta konvoi mengetahui siapa yang patut mereka ikuti semasa konvoi berjalan atau semasa berkumpul di suatu lokasi perjumpaan.
Radio Amatur Jarak Jauh
Radio amatur adalah berguna kepada setiap ahli marshal supaya mereka dapat berkomunikasi dengan lebih cekap dan sentiasa berwaspada antara ahli marshal yang lain. Ia juga satu cara komunikasi yang menjimatkan selain dari menggunakan talipon bimbit. Dengan kuasa pancaran yang lebih jauh boleh pergi, ahli marshal masih boleh berhubung antara satu sama lain jika mereka tertinggal jauh ke belakang atau depan.
Lampu Mata Arah Dan Baton Berlampu
Lampu mata arah adalah satu kemestian untuk ahli marshal menggunakannya pada kenderaan masing-masing bagi tujuan menandakan arah tujuan sesebuah konvoi. Lampu strobe atau kelip-kelip berkuasa tinggi tidak dibenarkan semasa konvoi sedang bergerak kerana ini akan mengganggu pengguna jalan raya yang lain. Baton berlampu amat penting apabila konvoi serdang berhenti atau mengarahkan kenderaan konvoi untuk parking atau mengarahkan laluan.
Peti Kecemasan
Kotak atau peti kecemasan adalah amat penting untuk setiap kenderaan bagi memberikan bantuan paras pertama jika berlaku sebarang kemalangan atau kesulitan kepada ahli atau peserta konvoi sebelum pasukan kecemasan ambulan tiba.
Kenderaan Mekanik
Adalah bagus jika pasukan marshal sesebuah kelab mempunyai satu atau lebih ahli yang berkebolehan untuk membaiki kenderaan jika konvoi yang hendak dijalankan berjarak jauh atau melalui kawasan pendalaman. Diantara peralatan-peralatan yang marshal mekanik perlu ada, adalah seperti Kit Kecemasan dan juga alat pemadam kebakaran jika keadaan memerlukan.
No comments:
Post a Comment