Sewaktu Perlepasan
Semua kenderaan mestilah dalam keadaan berdaftar, rekod bersih dan mempunyai permit yang sah sebelum berlepas. Pastikan kenderaan anda mempunyai minyak yang penuh, periksa minyak enjin dan air radiator sebelum bermula dan pastikan ianye boleh menamatkan perjalanan konvoi. Pastikan datang awal sebelum waktu pelepasan. Ini akan memberikan pihak urusan masa untuk memberi penerangan ringkas sekali tanpa mengulanginye untuk ahli yang dating lewat. Sila pastikan yang anda melapik perut anda sebelum datang ke tempat pelepasan untuk mengelakkan rasa lapar dan kurang tenaga.
Semasa Konvoi
Kepada semua kenderaan konvoi biasa, apabila berada dalam konvoi, hendaklah sentiasa mematuhi undang-undang dan keselamatan jalan raya. Jikalau tersekat di lampu merah, jangan risau, ada SP/HC akan menemani ada untuk berkumpul semula dalam barisan konvoi dihadapan. Apabila konvoi mendekati lampu merah, sila penuhkan lorong-lorong yang sedia ada. Ini adalah bagi memastikan yang semua orang boleh melepasi lampu merah. Cara ini boleh juga digunakan semasa mendekati Plaza Tol. Jika kenderaan awam hendak memintas anda, sila berikan laluan kepada mereka kerana mereka mungkin hendak cepat akan tetapi anda tidak, jadi biarkan mereka. Sila berikan isyarat lampu kepada kenderaan di hadapan anda yang ada kenderaan awam hendak memintas kenderaan konvoi. Jangan sesekali berada dalam keadaan bumper ke bumper bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini kecuali berdekatan dengan persimpangan. Peringatan jangan sesekali mancelah komunikasi konvoi kerana ini akan menbuatkan konvoi berada dalam keadaan kelam-kabut.
Jika hendak membuat perhentian sementara (mengisi minyak, ke tandas atau kecemasan), anda hendaklah memberitahu kepada TL/ATL dahulu. Jangan keluar dari barisan konvoi sesuka hati kerana barisan konvoi lain akan mengikuti anda! Tunggu untuk TL/ATL untuk memberikan lampu hijau untuk pergi. ZERO will instruct SP/HC untuk menolong anda keluar dari barisan konvoi. Memotong barisan adalah tidak dibenarkan sama sekali, pastikan anda berada dalam barisan yang sepatutnye dari mula hingga akhir. Sentiasa ingat kenderaan yang berada dihadapan dan dibelakang anda. Sentiasa bersabar. Disiplinkan diri anda semasa berada dalam posisi masing-masing. Anda hanya boleh memintas kenderaan lain untuk memasuki posisi barisan anda selepas traffic light dan tol tetapi jangan tergesa-gesa kerana ada banayak masa untuk anda berbaris semula di posisi anda.
Peraturan² Di Jalanraya
Barisan konvoi mestilah tidak mendominasi jalan raya. Jika ada yang hendak memintas sila beri kerjasama dan lepaskan mereka memintas. Jika konvoi berhenti pastikan yang semua kenderaan berada di bahu jalan dan bukan di atas jalan raya.
Memintas/Memotong Kenderaan
Hanya dibenarkan apabila diarahkan.
Memecut
Sentiasa berada dalam limit kelajuan yang dibenarkan. Jikalau trafik perlahan kelajuan kenderaan juga haruslah mengikuti kelajuan trafik. Kenderaan Ketua haruslah menjadi panduan kepada pemandu yang lain yang mana, setiap pemandu haruslah bertanggunjawab memastikan yang kenderaan dibelakang sentiasa berada dalam barisan konvoi.
Sentiasa berada dalam limit kelajuan yang dibenarkan. Jikalau trafik perlahan kelajuan kenderaan juga haruslah mengikuti kelajuan trafik. Kenderaan Ketua haruslah menjadi panduan kepada pemandu yang lain yang mana, setiap pemandu haruslah bertanggunjawab memastikan yang kenderaan dibelakang sentiasa berada dalam barisan konvoi.
Tip untuk ZERO dan CONTROL
Adakan meeting untuk menerangkan laluan dan destinasi kepada semua pemandu. Sila sediakan arahan atau map kepada setiap pemandu sebelum mulakan perjalanan. Jika konvoi mempunyai barisan kenderaan yang banyak, adalah digalakkan untuk memecahkan konvoi dalam beberapa kumpulan dengan di ketuai oleh TL/ATL. Jika boleh dapatkan senarai infomasi setiap kenderaan dengan pemandu dan pemunpangnye sekali.
Pemeriksaan kenderaan secara terperinci.
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa harus kita buat pemeriksaan terperinci terhadap kenderaan kita. Pemeriksaan ini amatlah penting demi keselamatan pemandu dan kestabilan kenderaan. Ini kerana jika berlaku kecelakaan disebabkan kecuaian pemeriksaan kenderaan sewaktu menjalankan konvoi, ia amatlah merbahaya kepada ahli kumpulan konvoi yang lain. Oleh kerena itu pemeriksaan terperinci amatlah penting dan dipandang serius. Mungkin kalau kita ada pun kenderaan mekanik kecemasan, bukan semua alat ganti yang mereka simpan dalam simpanan mereka.
Ianye amatlah bagus kalau anda membuat pemeriksaan sendiri atau menghantar kenderaan anda ke Pusat Servis untuk tujuan pemeriksaan dan membaiki bahagian-bahagian yang perlu dia baiki.
Senarai pemeriksaan/Checklist yang boleh dilakukan:
1. Minyak enjin (Engine Oil)
2. Penapis minyak (Oil Filter)
3. Air bateri (Battery Fluid)
4. Radiator, cecair kolan dan hos (Radiator, Hose and Coolant)
5. Cecair Brek (Break Fluid)
6. Pelapik brek (Break Pad)
7. Pum Brek (Break Pump)
8. Disk brek (Disc Break)
9. Pum clutch (Clutch Pump)
10. Cecair Clutch (Clutch Fluid)
11. Cecair Power Streering (Power Steering Fluid)
12. Pum dan tali power steering (Power steering pump and belt)
13. Penghawa dingin (Air-Condition)
14. Air cuci cermin (Windows Washer Fluid)
15. Tayar (Tyre)
16. Tekanan Tayar (Tyre Pressure)
17. Tayar Sokongan (Spare Tyre)
18. Lampu Suluhan dan Lampu Hadapan (Front Spot and Headlamp)
19. Lampu Belakang (Rear lamp)
20. Peti Kecemasan (First Aid Kit)
21. Peralatan piawaian (Standard Tool Kit)
22. Peralatan Sokongan (Standard Jack)
23. Bilah pengelap (Wiper Blade)
Senarai pemeriksaan rutin yang boleh dilakukan:
Minyak enjin
Sila tukar minyak enjin sebelum memulakan perjalanan. Jika sukatan meter menyatakan yang dah nak dekat masanye untuk tukar sila bawa minyak enjin dan penapis minyak sekali untuk ditukar apabila masanye tiba.
Gas penghawa dingin
Periksa gas penghawa dingin dan sila tambah jika perlu. Periksa hos jika ada kebocoran berlaku.
Air Batery
Air Batery
Sila tambah air battery atau tukar battery jka meter volt menunjukkan bawah 14.4 Volt. Sekiranye meter menunjukkan bawah 12 Volt maka ia nye sudah rosak. Sila periksa alternator jika perlu.
Cecair Brek
Sila tambah atau tukar cecair brek dan cecair clutch setiap 20,000 km.
Cecair Power Steering
Cecair Power Steering
Sila tambah atau tukar cecair power steering.
Minyak Gear
Minyak Gear
Tukar inyak gear setiap 20,000 km
Penapis Minyak Petrol
Penapis Minyak Petrol
Tukar penapis minyak petrol setiap 20,000 km
Tali Enjin
Tali Enjin
Sila ketatkan tali pengahawa dingin dan power steering setiap 20,000 km
Pencucuh Plug
Sila tukar plug setiap 20,000 km
Coolan Radiator
Sila tambah atau tukar cecair coolan setiap 20,000 km
Pencuci Cermin Tingkap
Pencuci Cermin Tingkap
Sila tambah cecair pencuci cermin tingkap.
Penyentak/Suspension
Periksa atau tukar jika penyentak depan atau belakang bocor, lembut atau lemah.
Brek
Penyentak/Suspension
Periksa atau tukar jika penyentak depan atau belakang bocor, lembut atau lemah.
Brek
Periksa hos brek untuk kebocoran. Periksa pad brek untuk kehausan terutamanye yang brek pad bahagian hadapan.
Roda
Jika roda bengkok atau rosak, sila betulkan atau tukar yang baru. Pergi buat balancing jika rasa gegaran semasa memandu. Periksa untuk kebocoran pada lubang angin tayar. Sila buat pemeriksaan penyelarasan roda (Alignment). Periksa bunga tayar. Kalau masih mempunyai lebih dari 50% maka masih berpeluang untuk meneruskan konvoi tapi kalau kurang dari 30% mestilah tukar tayar dalu atau tidak dibenarkan menyertai konvoi. Periksa tekanan tayar hadapan dan belakang serta tekanan angin tayar sokongan.
Perkara asas yang lain
Tukar bilah pengelap cermin depan dan belakang sebelum perjalanan. Adalah dicadangkan bagus jika menggunakan cecair Rain-X untuk digilap pada cermin depan dan belakang kenderaan anda. Periksa bal lampu depan, lampu kabus lampu break, lampu break ketiga.
No comments:
Post a Comment