Monday, 16 January 2012

Silkscreen




Teknologi silkscreen telah berkembang dengan pesat semenjak penemuan kain sutera bermula. Pada zaman moden ini sutera sintetik telah digunakan untuk mengurangkan kos berbanding dengan benang sutera asli (dihasilkan daripada ulat sutera). 
Screen printing merupakan satu teknik untuk menghasilkan image/cetakan keatas fabrik. Image dihasilkan diatas jalinan screen yang dinamakan stensil yang membenarkan fabric dye menembusi image yang terbentuk untuk mencipta tekapan diatas fabrik. Proses membuat stensil menggunakan bahan kimia yang mempunyai sensitivity yang tinggi terhadap cahaya. Image yang dikehendaki di stensil akan didedahkan kepada cahaya ultraviolet. Stensil ini kemudiannya didedahkan dibawah pancutan air untuk menanggalkan sebahagian daripada image yang dikehendaki.

Secara ringkasnya, apabila stensil telah dibentuk fabrik dye akan diletakkan keatas stensil dan ditekan secara mendatar atau menegak keatas fabrik menggunakan squeegee. Fabrik yang berada dibawah stensil ini dikenali sebagai substrate akan menerima image daripada stensil setelah fabrikc dye membolosi ruang-ruang diantara jalinan screen. Substrate yang biasa digunakan adalah t-shirt, baju panas, t-shirt golf, tanda nama dan juga permukaan peralatan lain seperti beg, pelapik meja dan barangan cenderahati.
Sebab utama industri ini terus berkekalan adalah kerana image yang dihasilkan keatas fabrik tahan lama, tidak pudar dan menggunakan kos yang minimum.


Penghasilan image keatas substrate dijalankan secara manual. Perhatikan sequegee boleh digerakkan secara mendatar atau menegak, bergantung kepada kesesuaaian pengendali

Peralatan asas untuk menghasilkan image melalui proses silkscreen.






Proses yang dijalankan secara semi automatik









Contoh penghasilan menggunakan teknik screen printing













Studio screen printing pada skala separa automatik












Penghasilan screen printing pada skala yang besar menggunakan mesin.













(sedutan dari http://eztshirt.blogspot.com)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...