Dalam hidup
ini,
Kita tak punya sesiapa,kecuali diri
sendiri,
Tetapi,
dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana mempunyai sahabat yang memahami
kita,
Sebagaimana
kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
Begitulah
juga dirinya, tetapi kita sering lupa akan hal itu.
Cuma
mengambil tahu tentang harapan dan perasaan kita,
Kita rasa
dikhianati bila dia tidak menepati janjinya,
Kita tidak
memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya,
Bagi kita,
itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela dirinya.
Kita juga
pernah membiarkan dia ternanti-nanti, kerana kita juga ada janji yang tidak
ditepati,
Kita beri
beribu alasan memaksa dia terima alasan kita, waktu itu, terfikirkah kita
perasaannya.?
Seperti
kita, dia juga tahu rasa kecewa, tetapi kita sering lupa.
Untungnya
mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami,
Yang selalu
berada di sisi pada waktu kita memerlukannya,
Dia mendengar luahan perasaan, segala rasa
kecewa dan ketakutan kita,
Harapan dan impian juga kita luahkan, dia
memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah,
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan
tentang diri kita, hingga kadang-kadang kita terlupa,
Sahabat kita juga ada cerita yang ingin
dikongsi bersama kita,
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbang dan rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana
dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan
dan rasa gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya,
Sepertimana dia meniup semangat setiap
kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkah dia yang kita boleh
dipercayai,
Boleh dijadikan tempat untuk bersandar
bila terasa lemah, agar tidak rebah..?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia
bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar
dari yang hanya bercerita;
Ambillah masa untuk memahami hati dan
perasaan sahabat;
Kerana dia juga seorang manusia, dia juga
ada rasa takut,ada rasa bimbang,sedih dan kecewa;
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan
sahabat, sebagai kekuatan, jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi
mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan,
Disebalik senyumannya, mungkin banyak
cerita sedih yang ingin diluahkan.
Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan
seribu kekalutan;
Kita tidak tahu;
Tetapi, jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,
Mungkin kita akan tahu.
RENUNGILAH,
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA .....
.....DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.
.....DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.
GLR-SEALION
Khamis, 27 Sep 2012
22:52 Kuala Kubu Bharu